Tuesday, July 27, 2010

Kemanakah Hala Tuju Pendidikan Negara???

Assalamualaikum blog ku....

Hari ini, Katsumi kurang sihat, mcm biasa demam, selsema n batuk.... Mungkin sebab xde rehat kot...
Terasa nak rehat plak, tp tugas harus diutamakan... kalu x, xgrad ar Katsumi nanti...

Menyorot tajuk entry kali ini, Katsumi agak bimbang dengan perjalanan sistem pendidika negara kita... Berat hati ini untuk ceritakan apa yang berlaku disekolah. Kebetulan memang Katsumi di bidang pendidikan, maka KAtsumi melihat disebalik setiap dasar2 yang dibuat, masih longgar, mungkin dari segi perancangan agak teliti, namun dari segi pelaksanaan kurang sebagaimana yang dirancang.... Katsumi ingin memetik daripada laman web Rasmi bahagian pembangunan kurikulum KPM. Sila baca.... agar anda faham apa yang Katsumi maksudkan...

Mencari 'roh' pendidikan PDF Cetak E-mel
Disediakan oleh: Editor   
Khamis, 01 Julai 2010
Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ada memetik buku nukilan Profesor Harry Lewis yang menjadi Dekan Harvard College selama hampir 30 tahun (1995 hingga 2003), berjudul Excellence Without Soul (2006).
Memetik apa yang dikatakan di dalam buku itu, beliau (Lewis) menjelaskan dalam usaha melahirkan pelajar dan fakulti yang tiada tolok bandingnya, Harvard lupa tentang tujuan asas pendidikan.
Lebih tepat lagi, Lewis mengakui walaupun Harvard merupakan sebuah universiti agung dan dihormati, namun umum berasa sangsi terhadap nilai yang universiti itu bawa termasuk kegagalannya untuk menjelmakan sebarang nilai.
Apabila kos terus meningkat, kandungan intelektual menjadi bertambah janggal dengan apa yang boleh dimengertikan oleh rakyat biasa. Walaupun universiti boleh dianggap sebagai suatu sumber ekonomi bagi para siswazahnya, tetapi tidak pula ia bermakna sebagai sumber ilham intelektual mahupun peribadi.
Malah dalam satu sesi temu bual, beliau mengakui bahawa keadaan 'tanpa roh' sebenarnya adalah imbasan kecenderungan masyarakat semasa. Apa pun universiti sewajarnya tidak terjebak dengan keadaan tersebut dan perlu menjadi sumber ilham dan mempertahankan yang terbaik.
Malangnya apabila universiti beransur-ansur bertindak seperti sektor perniagaan, ia turut menyaksikan semangat lama yang lebih menumpukan kepada khidmat masyarakat, dan membayangkan yang terbaik bagi jiwa manusia semakin pupus.
Beliau membandingkan laporan kurikulum Harvard pada 1945, General Education in a Free Society, dengan laporan pada 2003, beliau membuat kesimpulan yang jiwa universiti telah berubah kepada sesuatu yang lebih buruk. Oleh yang demikian, pada tahun 2006 beberapa usaha dilakukan untuk membawa semula idealisme 1945.
Natijahnya, semua ini menjurus kepada satu perspektif yang dunia pendidikan kini sedang bergolak, malah berani dikatakan dilanda 'krisis.' Asas logik cukup mudah: agak mustahil dunia dilanda berbagai krisis - ekologi, ekonomi, sosial, geopolitik, dan sebagainya, sedangkan sistem pendidikan yang ada terus tetap mantap dan kukuh.
Walhal setiap satu daripada krisis tersebut dapat disorot kepada punca pendidikan yang memungkin krisis itu berlaku. Apatah lagi setiap satu krisis tersebut jelas mencerminkan gejala desakan jiwa yang kosong, dan ketandusan roh.
Ambil saja keruntuhan ekonomi yang berlaku baru-baru yang tercetus daripada gejala tamak haloba dan amalan mementingkan diri oleh cerdik pandai lulusan pendidikan terbaik di dunia. Begitu juga dengan kerakusan manusia yang memporak-porandakan alam sekitar melalui ilmu sains dan teknologinya.
Semua ini menimbulkan berbagai-bagai kesan negatif lain yang berakhir dengan jurang antara individu, masyarakat mahupun negara di seluruh dunia. Inilah yang amat menghairankan kerana sistem pendidikan juga tidak terkecuali dalam mewujudkan jurangnya sendiri.
Kata-kata hikmah yang menekankan bahawa "pendidikan itu adalah satu cara terbaik untuk menyetarakan masyarakat" tidak lagi benar. Bahkan ternyata sebaliknya dengan cukup ketara. Maka timbul persoalan: apakah matlamat sebenar pendidikan dewasa ini? Ataupun adakah yang berlaku kini boleh katakan 'pendidikan' dalam erti kata sebenarnya? Bagaikan kata Lewis di mana hilangnya 'roh' pendidikan hari ini?
- Prof. Dato' Dzulkifli Abdul Razak
  Universiti Sains Malaysia

(Petikan dari akhbar Utusan Malaysia)

Kita walau apapun, jgn lupa dimana bumi kita berpijak, dimana langit kita junjung... 

Monday, July 26, 2010

Mari Memasak Bersama Chef Katsumi

Assalamualaikum blog ku... hari ini Katsumi di kampung... xde ape nak wat sgt, mcm biasa Katsumi masak untuk makan tengahari... Actually, kali ini Katsumi masak lauk favourite Katsumi iaitu Kerabu... Katsumi suka kerabu yang sayur2 kampung, mcm pucuk paku, pucuk ubi, jantung pisang, pucuk pegaga, pucuk betik dll...

Kali ini, Katsumi memilih pucuk paku.. ermm yuummyy...

Katsumi akan berkongsi resepi bersama blog...:

1. Sediakan bahan2 iaitu of course pucuk paku, kelapa yang siap diparut, ikan bilis @ udang kering, bawang merah yang dipotong bulat, air asam jawa atau perahan jus limau nipis dalam 10 sudu besar (ikut ske ati- kalu suka masam letak lebih), garam secukup rasa, cili api + cili kering (kalu suka pedas letak ar lebih), minyak 2 sudu, dan air.

2. Panas kan air dlm periuk, bersama satu sudu besar garam, apabila sudah mendidih, celurkan pucuk paku.


3. Goreng tanpa minyak ikan bilis sehingga garing dan kekuning-kuningan.




4. Rebus cili api + cili kering


5. Goreng tanpa minyak kelapa parut bersma hirisan bawang besar.


6. Tumbuk cili api + cili kering sehingga lumat kemudian tumbuk ikan bilis sekali... tambah sesudu besar garam.




7. Keluarkan cili api+cili kering bersama ikan bilis tadi dan tumbuk kelapa parut yg sudah siap digoreng tanpa minyak tadi. Pastikan anda mengasingkan dahulu hirisan bawang yang digoreng tanpa minyak bersama kelapa parut tadi. Tumbuk bukan sehingga lumat, tetapi sekadar cukup rasa sahaja.





8. Kemudian, gaulkan semua bahan bersama perahan jus limau nipis. Gaulkan sehingga rata...

9. Siap untuk dihidang...



Sunday, July 25, 2010

High School Musical - My School Rock 2010

Assalamualaikum blogku....
Dalam ketika Katsumi sibuk menjalani kehidupan harian seperti biasa, banyak perkara yang berlaku dgn Katsumi dlm minggu... Ada yang sedey, ade yg gembira... Walau apapun kwn2 di sisi tetap menjadi pengubat duka dihati... emmm.. Terima kasih kwn2 ku semua....

Aha.. alu tengok tajuk entry kali nie, Katsumi nak kongsi dengan blog aktiviti Katsumi siang tadi...
Katsumi telah diajak oleh teman Katsumi utk temankan dia mengiringi anak murid dia utk audition High School Musical - My Rock 2010...

Emmm.. meriah sgt... mcm2 persembahan yg dibuat... Jom tngok pic2 yang Katsumi upload nie... 








Sunday, July 18, 2010

Melayu oh Melayu

Assalamualaikum blog ku....

Baru sekejap ini Katsumi baca Blog Tun Dr. Mahathir.. Beliau canaikan tentang status melayu masa kini
Klik disini utk mengetahui cerita nya....
apa yg Katsumi suka adalah komen2 pembaca2 blog Tun...ada pembaca yang komen dengan sajak



Salam Tun,

Melayu Kemana?
ada disini,
tun tak nampak ker sendiri?
yang rata-rata duk komen disini,
mengeluh itu ini,
duk tunding jari kesana kemari,
duk marah2 kat tun lagi,
sorang duk marah2 menteri,
ajak mengundi ilang pula diri,
sorg lagi islam itu ini,
melayu islam majoriti,
bangkit melayu ini,
bangkitlah islam itu sendiri,
sebelum ckp pikir sendiri,
tingkatkan produktiviti,
jgn duk dengki mendengki,
fikir tuk majukan diri,
jgn duk jampi menjampi,
ubah persepsi diri,
jgn duk idup dlm mimpi,
kata org usah peduli,
pikir dulu diri sendiri,
betul niat tuhan memberi,
yang penting sedar diri,
yang penting mula berdikari,
guna sikit otak yang tuhan beri,
majukan anak, bini dan diri,
bila dah maju jgn lupa diri,
mudah2an tuhan berkati,
aduhai anak2 melayuku,
usah la lupa diri,
anda muslim sejati,
usahlah duk tayang body,
usahlah duk mimpi fantasi,
usahlah duk terkinja2 di klcc,
usahlah duk bangga gaya diri,
iduplah dgn jati diri,
jagalah maruah diri,
majukan diri sendiri,
jgn jd kambing biri2,
disergah anjing terus berlari,
anda singa yang sgt disegani,
tp malang taringmu tak bersinar lagi,
kerana sibuk menghibur diri,
hadir konsert itu ini,
ikut gaya masa terkini,
heboh gosip sana sini,
akhirnya tun mahathir duk mencari,
kemana ilangnya melayu kini?

tak tau la nak cakap apa dah tun yang ku hormati,
yang pasti kita terlena dek kesenangan yg diberi,
nak mengubahnya ada 1 cara yang pasti,
ubah la diri sendiri.................

1 Malaysia, Satu Gurauan atau Impian???

Assalamualaikum blog ku...
Emmm... Katsumi xtau nak cerita atau tak perkara ini... tapi rasa sesak dada nie kalu xcrita..
Ini adalah gambaran masa depan negara yang telah diukir oleh rakyat Malaysia sendiri....

Semalam, Katsumi n team Katsumi telah dijemput oleh Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan KL utk bagi ceramah pasal Team Building kat satu kumpulan Asrama 1 Malaysia... Program Asrama 1 Malaysia ini merupakan program rintis.. jd mereka nie bahan kajian lah sama ada berjaya atau tidak program ini, Kalu berjaya program ini akan dilaksanakan di seluruh Malaysia...



Peserta lebih kurang 50 orang, dan mereka ini terdiri dari latar belakang yang sederhana pendidikannya... Umor pun lebih kurang 13 - 15 thn... Katsumi agak terkejut apabila respon mereka berikan agak negatif, sgggggggttttttt negatif !!!! bila Katsumi beri tugasan..... Kemudian bila time rehat, baru Katsumi tanye pada Kaunselornya... rupanya mereka nie terbiar dekat 2 bulan xde sape yg jaga kat Asrama 1 Malaysia nie, kalu ada yg jaga pun mereka tak dibenarkan berkeras, tak boleh paksa2 mereka nie... SO, mereka nie langsung xberdisiplin... ikut ske ati diorg je nk buat aper...  Mcm2 kes, yg berlaku kat asrama tu, ade yg berak, pastu letak berak dia tu kat katil kwn dia, kencing dlm tong sampah... xtau nk respect org... masa Katsumi tngah bagi ceramah, tibe2 ade sorg peserta nie bukak baju... Adddoooiiii, pening kepala aku, dia bg alasan sebab panas.... sengal2 ke tak sengal bdk2 1 Malaysia....





Bila dh tamat, Katsumi bagi cadangan kat Kaunselornya supaya ada program lanjutan, maybe 31 Julai & 1 Ogos nie... Katsumi tak boleh bagi diorg Team Building dlu, Katsumi kena bagi Character Building dlu...
Inilah gambaran 1 Malaysia akan datang....






Renungan dari Katsumi

Tak perlu mencari teman secantik BALQIS andai diri tak seindah SULAIMAN,
Tak perlu mengharap teman setampan YUSUF, andai kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu mendamba kasih seteguh IBRAHIM andai diri tak sekuat SARAH,
Mengapa mendamba kekasih seistimewa KHADIJAH andai diri tak sesempurna MUHAMMAD....

"Tak guna ada mata tapi tidak mahu melihat, tak guna ada hati sekiranya tidak tahu menilai"



Saturday, July 10, 2010

Go SMK Miharja !!!

Assalamualaikum blog ku....
Hari ini hari yang agak memenatkan bagi Katsumi. Seawal pagi lagi Katsumi sudah gerak ke SMK Miharja untuk bagi ceramah berkenaan dengan Team building. Katsumi bersama team Katsumi bersama-sama memberi peluang kepada adik2 di sekolah Miharja nie utk build team pengawas sekolah mereka....
Apa yang agak merisaukan Katsumi pada awalnya adalah, hampir keseluruhan peserta adalah dari kalangan bukan Melayu... Sebab, kebanyakkan method yg Katsumi gunakan banyak berunsurkan Islam.. So, Katsumi kena tukar strategi supaya sesuai dengan mereka...

Alhamdulillah, semua berjalan lancar... Semua peserta kebanyakkannya berpuas hati n enjoy dengan aktiviti yang kami rancang untuk mereka... Memang dh jadi kebiasaan, Katsumi kurang bagi ceramah secara lisan... sebab katsumi juga pernah jadi peserta dan Katsumi tahu betapa bosannya kalu mendengar ceramah... Jadi Katsumi lebih suka peserta Katsumi feel the experience yang sebenar... So, Katsumi slalu buat game dalam kumpulan mereka sendiri.... N they really enjoy it....


Thursday, July 8, 2010

Bertahanlah....

Assalamualaikum wahai blog ku....
Emmm... dua tiga menjak ni Katsumi tak selesa sgt... entahlah, kenape erk?? Sakit mcm biasa ar dtg dan pergi.. So, dh jadi kemestian kena pagi gak jumpa doktor, kalu tak Katsumi xleh bangun... Tp, nak buat mcm mane, doktor pun xleh buat aper2... just bagi ubat tahan sakit dan antibiotik... emmm dh rasa mcm makan kacang je ubat nie.... huh!!!
Tapi lebih parah lagi bila hati nie sentiasa berdarah... knape erk, wajah dia sentiasa bermain dimata... Katsumi cuba sibukkan diri.. tp bila sendrian wajah dia jugak yang bermain dimata... pergi!!! pergi!!! pergi!!!........... akhirnya Katsumi jugak yang terjatuh... Katsumi jugak yang penat dan lelah...

Sunday, July 4, 2010

Ke Utara Selatan Timur dan Barat... Jatuh Aku di Persimpangan




Assalamualaikum blogku...
Lihat pada tajuk jer dh buat Katsumi sesak nafas....
memang dua tiga hari nie hidup Katsumi agak kelam kabut sket... Terkejar-kejar ke sana kemari...
Dengan gigi Katsumi yang sakit terus sakit kepala sepanjang masa... Panadol memang kena sentiasa dlm poket... Aduuii... Pening, pening , pening....
Tak tau nak ngadu ngan sape....
Naseb baik ada blog... leh luahkan apa yang dirasa...




Mula dari hari jumaat lepas petang Katsumi bagi ceramah kat SMK Tamalan Melati Gombak... Agak penatlah, sebab peserta yang Katsumi bagi ceramah tu bdk2 "high risk" memang bdk2 nakal2 ar... Ada dua slot Katsumi handle, satu ice breaking dan satu lagi sentuhan kalbu... selang dua slot tu solat Asar.. sebelum solat Asar tu sementara tunggu Imam, Katsumi tertangkap satu kumpulan peserta duk bincang niat solat Asar... bayangkanlah, umor dh dekat 18 tahun, niat solat Asar pun xtau... Iman Al-Ghazali pernah sebut, "jika kau mau melihat generasi akan datang kau lihatlah generasi hari ini"

Hari sabtu pula, Katsumi ke sekolah... Ada camping kat skolah.. So, disebabkan Katsumi nie cikgu praktikum, kenalah tunjuk muka sket2... Actually, xde apa yg Katsumi nak bantu coz pihak skolah dh sub kan camping tu, pada consultan luar... Just tngok2 jelah apa yg bdk2 tu buat....




Malam tu pula Katsumi bergegas ke Selayang pula, ada kenduri kat rumah pensyarah Katsumi... Kesian husband dia coz sakit kena buatan org... Katsumi pun tak tahulah bilalah benda mcm nie nak berhenti... Dengki mendengki antara satu sama lain.. rezeki kan dh ditentukan oleh Allah... masing2 punya rezeki... kenapa perlu mendengki lagi??? Inilah umat akhir zaman....






Hari ini pula, Katsumi nak relaks... nak duk umah jer... duk umah pon "NOVEL BIRU" tu sentiasa menjeling Katsumi.. merengek mintak di isi... Adooiiii... xperlah, dh tanggungjawab... Nak buat mcm mana kan??? sape soh jdik cikgu... hahaha...(gelakkan diri sendiri)