Wednesday, October 6, 2010

Kesibukan yang Melampau

Assalamualaikum blogku..
Uhuuuhhh.. lama dah xupdate blog nie sejak aidilfitri...
Terlalu banyak kerja2 yg perlu dibereskan menjelang akhir tahun nie...
Semuanya menuntut tanggungjawab utk menyelesaikannya.. kalu x.. emm pandai2lah nk jwb...
Tiada apa yg sempat dirakamkan, cuma resipi biskut yg Katsumi reka utk kelas masakan.. Resipi nie Katsumi serapkan daripada resipi kuih ondeh2 atau ada setengah org panggil kuih buah melaka, ada org lain gak panggil kuih apong.. entahlah.. just share it...

Bahan2 :
60gm Mentega
18gm Gula halus
60gm Tepung gandum
18gm Tepung jagung
1/2 camt Serbuk Penaik
30gm Kismis
1/2 biji Kuning telur
1/4 camt Pewarna hijau
30gm Kelapa kering
1/4 Ensen pandan


Langkah :

Pukul Mentega dengan gula halus hingga menjadi seperti krim


Masukkan telur dan pukul lagi hingga rata


Masukkan esen pandan

Masukkan pewarna hijau


Masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama baking powder, dan tepung jagung

Uli menjadi bola kecil, buatkan lubang ditengah, dan intikan dengan kismis, dan uli semula. kemudia golekkan atas kelapa kering

bakar pada suhu 160 darjah celcius selama lebih kurg 10-15minit



Monday, September 20, 2010

Aidilfitri

Assalamualaikum blog ku...

Eemmm...aidilfitri menjelma kembali lagi.. Tiada apa yang menarik aidilfitri kali ini...

Hanyalah sambutan kebiasaan sambutan saban tahun... Tambahan ketiadaan insan yang disayangi disisi...
Mungkinkah ada lagi aidilfitri untukku...


Seperti kebiasaan, Katsumi akan menunaikan solat sunnat Aidilfitri di Masjid kg Katsumi.
Kemudian, Katsumi bersama keluarga pulang ke kg di Lenggeng, N9 .

Di kg, seperti biasa menziarahi kaum kerabat disana... Pada waktu malam, Katsumi menyediakan untuk keluarga semua hidangan Barbeque... kami bakar ayam, jagung, udang, sotong dan sebagainya...









Friday, September 3, 2010

Kek Kentang Semanis Madu

Assalamualaikum blog ku...
Alhamdulillah sepanjang puasa nie, banyak perkara yang manis dan pahit berlaku dalam hidup Katsumi. Yang nyata semuanya memberi banyak pengajaran daripada pengalaman yang Katsumi sendiri alami dan orang lain alami...
Dalam semester ini, Katsumi kena ambik paper Food Management and Technology... Ala-ala memasak ar.. tapi kali ini, paper ini Katsumi kena membuat inovasi daripada resipi asal sesuatu menu...

Jadi MARI KITA MEMASAK BERSAMA CHEF KATSUMI....!!!!!!!!

Kita akan memasak sejenis kek yang menggunakan kaedah putar. Katsumi akan inovasikan resipi kek pisang kepada kek kentang. Cuma Katsumi tak campurkan kentang tu dalam adunan seperti kek pisang.

Bahan-bahan :

  • Tepung gandum
  • gula kastor
  • gula perang
  • kentang
  • baking powder
  • telur
  • air
  • susu UHT
  • Merjerin/mentega
Cara-cara membuat:
1. Potong kentang secara melintang


2.Rebus kentang sehingga separuh masak.

3.Pukul marjerin dan gula kastor hingga rata


4. Masukkan telur dan pukul hingga kembang


5. Masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama baking powder sedikit demi sedikit. Gunakan sudu besi untuk melakukannya. Jangan gunakan senduk kayu untuk memukul adunan.

6. Taburkan gula perang dalam bekas acuan dan susun kentang ikut kreativiti anda.

7. Masukkan adunan ke dalam bekas acuan.

8. Bakar dalam oven selama 20 hingga 30 minit.

9. Hiaskan dan Siap untuk dihidang.



SELAMAT MENCUBA!!!

Tuesday, August 31, 2010

Majlis Buka Puasa di Santuari Rimba Urban

Assalamualaikum blog ku...
Emmm.. seronok sangat dpt jumpa 'adeq-beradeq'  dua ari lepas...
Kitorang buat majlis buka puasa kat umah abg hamzah kat ampang... emm... masing2 happening jer.
masing2 bwk menu masing2... Gg bawak nasik goreng n lauk pauk, Abg hamzah order domino pizza, apis bwk KFC, ijad buat air, abg mus buat sotong kangkung, amin bwk buah2an, n banyak lagi ar... yang pasti KAtsumi bawak dadih yang katsumi buat sendiri, perisa jagung n laici... memang xde org jual mcm mana katsumi buat....banyak sangat makanan... hehehe.. bestt ~ngeee



Tuesday, August 17, 2010

Emmm... Ahlan ya Ramadhan

Assalamualaikum blog ku...
emmm... lama betul Katsumi tak tulis atas tubuh blog.. Etahlah taktau nape Katsumi asa berat sangat nk menulis.... mungkin sebab jugak BZ bila dh nak akhir-akhi praktikum nie banyak sgt benda nak kena settle kan sebelum berambus dari sekolah nie.... Mungkin jugak xde benda yang menarik yang katsumi boleh kongsikan dengan blog. Banyak aktiviti yang Katsumi buat sebenarnya, tapi entahlah.. Katsumi pun xtau naper..
Lately nie banyak sgt masalah yang timbul yang merosakkan mood Katsumi...
Balik rumah terus tdo.. bangun tido, pegi bazar beli utk buka pose.. pastu mlm plak prepare utk esok plak... emmm.. bangun sahur, g keje... uuhhhh... rutin yang sama setiap hari....
Sabarlah.... dugaan pose ku tahun ini 'LONELY'
Katsumi kena bz kan diri ngan wat benda2 yang boleh isikan masa... tp bulan pose nie nnt pasti akan rasa penat.. so, kena gaklah kurangkan aktiviti tu...
Aduuuhhh.... bilalah luka nie nak ilang... ?????!!!!&*(^%$#@

Tuesday, July 27, 2010

Kemanakah Hala Tuju Pendidikan Negara???

Assalamualaikum blog ku....

Hari ini, Katsumi kurang sihat, mcm biasa demam, selsema n batuk.... Mungkin sebab xde rehat kot...
Terasa nak rehat plak, tp tugas harus diutamakan... kalu x, xgrad ar Katsumi nanti...

Menyorot tajuk entry kali ini, Katsumi agak bimbang dengan perjalanan sistem pendidika negara kita... Berat hati ini untuk ceritakan apa yang berlaku disekolah. Kebetulan memang Katsumi di bidang pendidikan, maka KAtsumi melihat disebalik setiap dasar2 yang dibuat, masih longgar, mungkin dari segi perancangan agak teliti, namun dari segi pelaksanaan kurang sebagaimana yang dirancang.... Katsumi ingin memetik daripada laman web Rasmi bahagian pembangunan kurikulum KPM. Sila baca.... agar anda faham apa yang Katsumi maksudkan...

Mencari 'roh' pendidikan PDF Cetak E-mel
Disediakan oleh: Editor   
Khamis, 01 Julai 2010
Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ada memetik buku nukilan Profesor Harry Lewis yang menjadi Dekan Harvard College selama hampir 30 tahun (1995 hingga 2003), berjudul Excellence Without Soul (2006).
Memetik apa yang dikatakan di dalam buku itu, beliau (Lewis) menjelaskan dalam usaha melahirkan pelajar dan fakulti yang tiada tolok bandingnya, Harvard lupa tentang tujuan asas pendidikan.
Lebih tepat lagi, Lewis mengakui walaupun Harvard merupakan sebuah universiti agung dan dihormati, namun umum berasa sangsi terhadap nilai yang universiti itu bawa termasuk kegagalannya untuk menjelmakan sebarang nilai.
Apabila kos terus meningkat, kandungan intelektual menjadi bertambah janggal dengan apa yang boleh dimengertikan oleh rakyat biasa. Walaupun universiti boleh dianggap sebagai suatu sumber ekonomi bagi para siswazahnya, tetapi tidak pula ia bermakna sebagai sumber ilham intelektual mahupun peribadi.
Malah dalam satu sesi temu bual, beliau mengakui bahawa keadaan 'tanpa roh' sebenarnya adalah imbasan kecenderungan masyarakat semasa. Apa pun universiti sewajarnya tidak terjebak dengan keadaan tersebut dan perlu menjadi sumber ilham dan mempertahankan yang terbaik.
Malangnya apabila universiti beransur-ansur bertindak seperti sektor perniagaan, ia turut menyaksikan semangat lama yang lebih menumpukan kepada khidmat masyarakat, dan membayangkan yang terbaik bagi jiwa manusia semakin pupus.
Beliau membandingkan laporan kurikulum Harvard pada 1945, General Education in a Free Society, dengan laporan pada 2003, beliau membuat kesimpulan yang jiwa universiti telah berubah kepada sesuatu yang lebih buruk. Oleh yang demikian, pada tahun 2006 beberapa usaha dilakukan untuk membawa semula idealisme 1945.
Natijahnya, semua ini menjurus kepada satu perspektif yang dunia pendidikan kini sedang bergolak, malah berani dikatakan dilanda 'krisis.' Asas logik cukup mudah: agak mustahil dunia dilanda berbagai krisis - ekologi, ekonomi, sosial, geopolitik, dan sebagainya, sedangkan sistem pendidikan yang ada terus tetap mantap dan kukuh.
Walhal setiap satu daripada krisis tersebut dapat disorot kepada punca pendidikan yang memungkin krisis itu berlaku. Apatah lagi setiap satu krisis tersebut jelas mencerminkan gejala desakan jiwa yang kosong, dan ketandusan roh.
Ambil saja keruntuhan ekonomi yang berlaku baru-baru yang tercetus daripada gejala tamak haloba dan amalan mementingkan diri oleh cerdik pandai lulusan pendidikan terbaik di dunia. Begitu juga dengan kerakusan manusia yang memporak-porandakan alam sekitar melalui ilmu sains dan teknologinya.
Semua ini menimbulkan berbagai-bagai kesan negatif lain yang berakhir dengan jurang antara individu, masyarakat mahupun negara di seluruh dunia. Inilah yang amat menghairankan kerana sistem pendidikan juga tidak terkecuali dalam mewujudkan jurangnya sendiri.
Kata-kata hikmah yang menekankan bahawa "pendidikan itu adalah satu cara terbaik untuk menyetarakan masyarakat" tidak lagi benar. Bahkan ternyata sebaliknya dengan cukup ketara. Maka timbul persoalan: apakah matlamat sebenar pendidikan dewasa ini? Ataupun adakah yang berlaku kini boleh katakan 'pendidikan' dalam erti kata sebenarnya? Bagaikan kata Lewis di mana hilangnya 'roh' pendidikan hari ini?
- Prof. Dato' Dzulkifli Abdul Razak
  Universiti Sains Malaysia

(Petikan dari akhbar Utusan Malaysia)

Kita walau apapun, jgn lupa dimana bumi kita berpijak, dimana langit kita junjung... 

Monday, July 26, 2010

Mari Memasak Bersama Chef Katsumi

Assalamualaikum blog ku... hari ini Katsumi di kampung... xde ape nak wat sgt, mcm biasa Katsumi masak untuk makan tengahari... Actually, kali ini Katsumi masak lauk favourite Katsumi iaitu Kerabu... Katsumi suka kerabu yang sayur2 kampung, mcm pucuk paku, pucuk ubi, jantung pisang, pucuk pegaga, pucuk betik dll...

Kali ini, Katsumi memilih pucuk paku.. ermm yuummyy...

Katsumi akan berkongsi resepi bersama blog...:

1. Sediakan bahan2 iaitu of course pucuk paku, kelapa yang siap diparut, ikan bilis @ udang kering, bawang merah yang dipotong bulat, air asam jawa atau perahan jus limau nipis dalam 10 sudu besar (ikut ske ati- kalu suka masam letak lebih), garam secukup rasa, cili api + cili kering (kalu suka pedas letak ar lebih), minyak 2 sudu, dan air.

2. Panas kan air dlm periuk, bersama satu sudu besar garam, apabila sudah mendidih, celurkan pucuk paku.


3. Goreng tanpa minyak ikan bilis sehingga garing dan kekuning-kuningan.




4. Rebus cili api + cili kering


5. Goreng tanpa minyak kelapa parut bersma hirisan bawang besar.


6. Tumbuk cili api + cili kering sehingga lumat kemudian tumbuk ikan bilis sekali... tambah sesudu besar garam.




7. Keluarkan cili api+cili kering bersama ikan bilis tadi dan tumbuk kelapa parut yg sudah siap digoreng tanpa minyak tadi. Pastikan anda mengasingkan dahulu hirisan bawang yang digoreng tanpa minyak bersama kelapa parut tadi. Tumbuk bukan sehingga lumat, tetapi sekadar cukup rasa sahaja.





8. Kemudian, gaulkan semua bahan bersama perahan jus limau nipis. Gaulkan sehingga rata...

9. Siap untuk dihidang...



Sunday, July 25, 2010

High School Musical - My School Rock 2010

Assalamualaikum blogku....
Dalam ketika Katsumi sibuk menjalani kehidupan harian seperti biasa, banyak perkara yang berlaku dgn Katsumi dlm minggu... Ada yang sedey, ade yg gembira... Walau apapun kwn2 di sisi tetap menjadi pengubat duka dihati... emmm.. Terima kasih kwn2 ku semua....

Aha.. alu tengok tajuk entry kali nie, Katsumi nak kongsi dengan blog aktiviti Katsumi siang tadi...
Katsumi telah diajak oleh teman Katsumi utk temankan dia mengiringi anak murid dia utk audition High School Musical - My Rock 2010...

Emmm.. meriah sgt... mcm2 persembahan yg dibuat... Jom tngok pic2 yang Katsumi upload nie... 








Sunday, July 18, 2010

Melayu oh Melayu

Assalamualaikum blog ku....

Baru sekejap ini Katsumi baca Blog Tun Dr. Mahathir.. Beliau canaikan tentang status melayu masa kini
Klik disini utk mengetahui cerita nya....
apa yg Katsumi suka adalah komen2 pembaca2 blog Tun...ada pembaca yang komen dengan sajak



Salam Tun,

Melayu Kemana?
ada disini,
tun tak nampak ker sendiri?
yang rata-rata duk komen disini,
mengeluh itu ini,
duk tunding jari kesana kemari,
duk marah2 kat tun lagi,
sorang duk marah2 menteri,
ajak mengundi ilang pula diri,
sorg lagi islam itu ini,
melayu islam majoriti,
bangkit melayu ini,
bangkitlah islam itu sendiri,
sebelum ckp pikir sendiri,
tingkatkan produktiviti,
jgn duk dengki mendengki,
fikir tuk majukan diri,
jgn duk jampi menjampi,
ubah persepsi diri,
jgn duk idup dlm mimpi,
kata org usah peduli,
pikir dulu diri sendiri,
betul niat tuhan memberi,
yang penting sedar diri,
yang penting mula berdikari,
guna sikit otak yang tuhan beri,
majukan anak, bini dan diri,
bila dah maju jgn lupa diri,
mudah2an tuhan berkati,
aduhai anak2 melayuku,
usah la lupa diri,
anda muslim sejati,
usahlah duk tayang body,
usahlah duk mimpi fantasi,
usahlah duk terkinja2 di klcc,
usahlah duk bangga gaya diri,
iduplah dgn jati diri,
jagalah maruah diri,
majukan diri sendiri,
jgn jd kambing biri2,
disergah anjing terus berlari,
anda singa yang sgt disegani,
tp malang taringmu tak bersinar lagi,
kerana sibuk menghibur diri,
hadir konsert itu ini,
ikut gaya masa terkini,
heboh gosip sana sini,
akhirnya tun mahathir duk mencari,
kemana ilangnya melayu kini?

tak tau la nak cakap apa dah tun yang ku hormati,
yang pasti kita terlena dek kesenangan yg diberi,
nak mengubahnya ada 1 cara yang pasti,
ubah la diri sendiri.................

1 Malaysia, Satu Gurauan atau Impian???

Assalamualaikum blog ku...
Emmm... Katsumi xtau nak cerita atau tak perkara ini... tapi rasa sesak dada nie kalu xcrita..
Ini adalah gambaran masa depan negara yang telah diukir oleh rakyat Malaysia sendiri....

Semalam, Katsumi n team Katsumi telah dijemput oleh Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan KL utk bagi ceramah pasal Team Building kat satu kumpulan Asrama 1 Malaysia... Program Asrama 1 Malaysia ini merupakan program rintis.. jd mereka nie bahan kajian lah sama ada berjaya atau tidak program ini, Kalu berjaya program ini akan dilaksanakan di seluruh Malaysia...



Peserta lebih kurang 50 orang, dan mereka ini terdiri dari latar belakang yang sederhana pendidikannya... Umor pun lebih kurang 13 - 15 thn... Katsumi agak terkejut apabila respon mereka berikan agak negatif, sgggggggttttttt negatif !!!! bila Katsumi beri tugasan..... Kemudian bila time rehat, baru Katsumi tanye pada Kaunselornya... rupanya mereka nie terbiar dekat 2 bulan xde sape yg jaga kat Asrama 1 Malaysia nie, kalu ada yg jaga pun mereka tak dibenarkan berkeras, tak boleh paksa2 mereka nie... SO, mereka nie langsung xberdisiplin... ikut ske ati diorg je nk buat aper...  Mcm2 kes, yg berlaku kat asrama tu, ade yg berak, pastu letak berak dia tu kat katil kwn dia, kencing dlm tong sampah... xtau nk respect org... masa Katsumi tngah bagi ceramah, tibe2 ade sorg peserta nie bukak baju... Adddoooiiii, pening kepala aku, dia bg alasan sebab panas.... sengal2 ke tak sengal bdk2 1 Malaysia....





Bila dh tamat, Katsumi bagi cadangan kat Kaunselornya supaya ada program lanjutan, maybe 31 Julai & 1 Ogos nie... Katsumi tak boleh bagi diorg Team Building dlu, Katsumi kena bagi Character Building dlu...
Inilah gambaran 1 Malaysia akan datang....