Monday, July 26, 2010

Mari Memasak Bersama Chef Katsumi

Assalamualaikum blog ku... hari ini Katsumi di kampung... xde ape nak wat sgt, mcm biasa Katsumi masak untuk makan tengahari... Actually, kali ini Katsumi masak lauk favourite Katsumi iaitu Kerabu... Katsumi suka kerabu yang sayur2 kampung, mcm pucuk paku, pucuk ubi, jantung pisang, pucuk pegaga, pucuk betik dll...

Kali ini, Katsumi memilih pucuk paku.. ermm yuummyy...

Katsumi akan berkongsi resepi bersama blog...:

1. Sediakan bahan2 iaitu of course pucuk paku, kelapa yang siap diparut, ikan bilis @ udang kering, bawang merah yang dipotong bulat, air asam jawa atau perahan jus limau nipis dalam 10 sudu besar (ikut ske ati- kalu suka masam letak lebih), garam secukup rasa, cili api + cili kering (kalu suka pedas letak ar lebih), minyak 2 sudu, dan air.

2. Panas kan air dlm periuk, bersama satu sudu besar garam, apabila sudah mendidih, celurkan pucuk paku.


3. Goreng tanpa minyak ikan bilis sehingga garing dan kekuning-kuningan.




4. Rebus cili api + cili kering


5. Goreng tanpa minyak kelapa parut bersma hirisan bawang besar.


6. Tumbuk cili api + cili kering sehingga lumat kemudian tumbuk ikan bilis sekali... tambah sesudu besar garam.




7. Keluarkan cili api+cili kering bersama ikan bilis tadi dan tumbuk kelapa parut yg sudah siap digoreng tanpa minyak tadi. Pastikan anda mengasingkan dahulu hirisan bawang yang digoreng tanpa minyak bersama kelapa parut tadi. Tumbuk bukan sehingga lumat, tetapi sekadar cukup rasa sahaja.





8. Kemudian, gaulkan semua bahan bersama perahan jus limau nipis. Gaulkan sehingga rata...

9. Siap untuk dihidang...



No comments:

Post a Comment